Top

“Aidilfitri Bersama Suara Bintang Kecil”

Siapakah Suara Bintang Kecil?
Suara Bintang Kecil merupakan bakat-bakat bintang kecil yang sedang meningkat naik daripada rancangan TV yang popular iaitu STUDIO BINTANG KECIL. Seramai sembilan orang kanak-kanak perempuan dan tiga orang kanak-kanak lelaki yang membentuk Suara Bintang Kecil ini merupakan bakat muda yang terbaik dan yang paling popular di Malaysia. Kesemua bintang-bintang kecil ini berumur daripada 7 sehingga 12 tahun. Mereka ialah Along, Arif, Azidi, Diana, Munirah, Nurul, Puteri, Shamin, Syaz, Walda, Ziera dan Zizie.

Kisah SBK
Semuanya bermula dengan Studio Bintang Kecil, sebuah rancangan realiti TV yang telah disiarkan baru-baru ini di TV9. Sebelum bermulanya rancangan ini, uji bakat telah diadakan di Johor Bahru, Pulau Pinang dan juga di Lembah Klang untuk mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian yang berumur antara 7 tahun sehingga 12 tahun . 12 peserta telah dipilih untuk menyertai rancangan ini, yang mana rancangan ini telah merakamkan perjalanan seni dan emosi mereka daripada peringkat uji bakat sehinggalah sebagai peserta konsert Peringkat Akhir.

Walaupun rancangan ini telah berakhir, para peminat dan rakyat Malaysia amnya, masih boleh berhibur dan menikmati bakat nyanyian kanak-kanak ini.Suara mereka yang merdu dan istimewa ini boleh dinikmati dalam album Hari Raya kanak-kanak yang pertama diterbitkan di Malaysia yang memaparkan lagu-lagu Hari Raya klasik yang tak lapok dek zaman. Tentunya lagu-lagu ini akan digemari oleh semua golongan tidak kira muda dan juga yang tua.Album ini, “Aidilfitri Bersama Suara Bintang Kecil” boleh didapati di kedai-kedai dari pertengahan September 2007.

Penerbit
Double Vision merupakan salah sebuah syarikat penerbitan rancangan televisyen yang utama di Malaysia. Dalam usaha untuk menceburi bidang produksi musik, Double Vision telah bergabung tenaga dengan pemuzik veteran, pencipta lagu dan komposer terkenal, Encik Johari Teh untuk menerbitkan “Aidilfitri Bersama Suara Bintang Kecil”, salah satu inovasi muzikal terkini yang akan menggegarkan industri muzik tanahair.







Video Karaoke



Free Hit Counter   
Copyright © 2007 Double Vision. Vision New Media http://www.visionnewmedia.net